Plot Descendants of the Sun

Yoo Si-jin (Song Joong-ki) ialah seorang kapten untuk sebuah unit Pasukan Operasi Khas Korea Selatan. Ketika tidak bertugas, Si-jin menahan Kim Gi-beom (Kim Min-seok) daripada melarikan diri selepas dia mencuri motosikal dengan bantuan Sarjan Mejar Seo Dae-young (Jin Goo). Gi-beom cedera semasa ditahan dan dihantar ke hospital. Dae-young menyedari bahawa telefonnya telah dicuri oleh pencuri tersebut. Dia kemudiannya pergi ke hospital bersama Si-jin untuk mendapatkan semula telefonnya.

Di bilik kecemasan, Si-jin bertemu Dr. Kang Mo-yeon (Song Hye-kyo) buat pertama kali dan dengan serta merta tertarik kepadanya. Mo-yeon tersalah anggap bahawa Si-jin ialah sebahagian daripada geng jenayah pencuri tersebut kerana nama samaran "Big Boss" yang sebenarnya ialah kod pengenal tentera. Si-jin membuktikan kepada Mo-yeon bahawa dia ialah seorang askar dengan bantuan doktor tentera, Yoon Myeong-joo (Kim Ji-won).

Si-jin dan Mo-yeon mula bertemu janji tetapi disebabkan tugas mereka, janji temu tersebut sering terganggu separuh jalan. Si-jin ditugaskan untuk mengetuai kumpulan untuk misi pengaman ke Uruk, sebuah negara fiksyen. Sementara itu, Mo-yeon kecewa kerana dia gagal untuk menjadi seorang profesor kerana latar belakang istimewa rakan sekerjanya. Apabila Si-jin dan Mo-yeon bertemu kembali, mereka berbual mengenai pandangan mereka terhadap kehidupan dan menyedari betapa berlainannya mereka. Si-jin sebagai seorang tentera, membunuh untuk melindungi nyawa dan Mo-yeon, sebagai seorang doktor, cuba untuk menyelamatkan nyawa. Oleh kerana pandangan berbeza terhadap kehidupan, mereka bersetuju untuk berpisah. Dae-young pula menghadapi dilema sama ada untuk meneruskan hubungannya dengan Myeung-joo atau berhadapan dengan risiko dipecat daripada tentera oleh bapa Myeung-joo, Leftenan Jeneral Yoon.

Lapan bulan kemudian, Mo-yeon menolak permintaan seksual pengerusi hospital Han Suk-won (Tae In-ho) dan disebabkan itu dia ditugaskan untuk mengetuai sebuah pasukan perubatan ke Uruk. Di sana, Si-jin dan Mo-yeon bertemu kembali. Melalui pertemuan mereka di Uruk di mana gempa bumi dan wabak berlaku, cinta mereka terhadap satu sama lain bertambah utuh. Semasa di Uruk, Mo-yeon dengan tidak sengaja mengaku perasaannya dan kedua-dua mereka secara rasminya mula bertemu janji.

Sekembalinya ke Korea, kedua-dua mereka meneruskan temu janji sehingga Si-jin dan Dae-young dihantar ke satu operasi di mana mereka menghilang dan dianggap telah mati. Beberapa bulan berlalu, Mo-yeon masih bersedih terhadap kematian Si-jin dan memutuskan untuk memperingati pemergiannya dengan menyertai sukalerawan ke Albania. Di sinilah tempat Si-jin akhirnya menjumpai semula Mo-yeon selepas dia dan Dae-young diselamatkan oleh "rakan dari tempat yang jauh", seorang askar dari Korea Utara yang dibantu Si-jin sebelum ini. Si-jin dan Mo-yeon gembira bersatu semula. Sementara itu, Dae-young kembali bertemu semula dengan Myeung-joo yang ditugaskan di Uruk. Dalam babak kredit, keseluruhan pasukan dipanggil untuk bertugas semula susulan letusan gunung berapi di Kanada.

Rujukan

WikiPedia: Descendants of the Sun http://www.allkpop.com/article/2015/06/song-joong-... http://news.asiaone.com/news/showbiz/chinese-love-... http://atimes.com/2016/04/descendants-of-the-sun-s... http://www.dramafever.com/news/song-joong-ki-retur... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://isplus.live.joins.com/news/article/article.... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20160106001...